Novel
Kabus Di Perbukitan
(
Mohamad Kholid Hamzah)
Sinopsis
|
Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.
Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.
Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.
Melina berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai ‘Benny’. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.
Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah.
Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.
Tema
|
Novel ini bertemakan jati diri orang Melayu. Tema ini diserlahkan melalui watak utama Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun. Walaupun begitu lama tinggal di negara orang, akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yang lebih bermakna di Malaysia.
Persoalan
|
1. Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat.
-
Persoalan ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah.
2.
Persoalan perpisahan
ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.
-
Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi membawa bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar tersebut terpisah dan merindui satu sama lain.
3. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar.
-
Persoalan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.
4. Persoalan kasih sayang.
·
Persoalan ini
digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap
anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia.
Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya. Persoalan kasih sayang antara isteri dan suami
pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara
mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.
5. Persoalan sikap berdikari golongan siswazah.
·
Golongan ini tidak
seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau
swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad
untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.
6. Persoalan kahwin campur.
- Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada zaman ini. Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu Malaysia yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New Zealand.
7. Persoalan peranan bomoh dalam masyarakat Melayu.
·
Hal ini dipaparkan ketika
operasi pencarian kehilangan Faridah dan Iqbal menemui jalan buntu dan terpaksa
dihentikan. Beberapa pihak termasuk
pihak polis yang terlibat dalam operasi tersebut mencadangkan penggunaan bomoh
untuk mengesan Faridah dan Iqbal.
8. Persoalan semangat kerjasama yang masih utuh dalam masyarakat.
·
Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan
banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan
dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.
9. Persoalan pejuangan secara kekerasan.
·
Novel ini memaparkan
adanya beberapa pihak yang mahu mencapai sesuatu matlamat dengan
kekerasan. Hal ini digambarkan melalui
Muhammad Attar yang cuba mencari pengaruh daripada kalangan rakan-rakannya
termasuklah Benny, suami Melina dalam matlamatnya untuk menegakkan perjuangan
Islamnya.
10. Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia).
·
Tangkapan Mohamed
Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat
Islam.
Plot
|
Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dan gerak laku itu dari awal hingga akhir adalah berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Plot novel Kabus di Perbukitan bersifat kronologi. Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiankan. Tindakan Mejar (B) Kamarudin berkahwin lain dan memisahkan anaknya, Rahayu daripada pasangan kembarnya telah menimbulkan pelbagai konflik, kepada Rahayu, Faridah, dan isterinya atau ibu mereka. Walaupun plot novel ini banyak disisipkan dengan unsur imbas kembali, namun pembaca masih mudah untuk memahami dan menelusuri peristiwa-peristiwa penting dalam novel.
Terdapat empat
peringkat binaan plot, iaitu:
(i) Permulaan
Pengarang
memperkenalkan watak Rahayu menunaikan
solat subuh dan Rahayu merasa kelainan atau sakit pada lehernya. Pada bahagian
ini diperkenalkan juga Rahayu dan Azrul sebagai penuntut Fakulti Ekologi
Manusia, UPM.
(ii) Perkembangan
·
Pada bahagian ini
Rahayu dan Azrul sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
·
Semasa di
perpustakaan, tiba-tiba Rahayu pengsan dan dia dikejarkan ke Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia.
·
Pada masa yang sama,
Faridah kembarnya juga telah ditimpa kemalangan bersama-sama dengan kanak-kanak
istimewa, Iqbal dalam perjalanannya ke pekan Raub. Faridah hilang dari tempat kemalangan.
·
Selepas dua minggu, Faridah
ditemui di Perkampungan Orang Asli di Pahang yang diketuai oleh Tok Batin Senik
dalam keadaan koma.
·
Akhirnya Rahayu
meninggal dunia di sisi Faridah di hospital yang sama mereka ditempatkan.
·
Azrul berjaya
menamatkan pengajiannya dan berhasrat menjadi
penternak kambing.
·
Faridah berkahwin
dengan Ghazali.
·
Ibunya meninggal
dunia dan diikuti dengan kematian Ghazali dalam kemalangan jalan raya.
·
Faridah bersetuju ke
New Zealand untuk mengikuti suatu kursus.
·
Faridah menetap di
New Zealand dan berkahwin dengan seorang pemuda New Zealand yang bernama Samuel
Kirkby Johnsons atau Soleh Johnsons. Mereka dikurniakan sepasang anak kembar,
Anne dan Melina.
·
Zain berkenalan
dengan Anne semasa Anne menghadapi masalah keretanya yang rosak.
·
Melina berkahwin
dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai ‘Benny’ dan berpindah ke
Malaysia serta menetap di Terengganu.
·
Benny sibuk dengan
urusan peniagaannya bersama-sama dua orang kawannya, Muhammad Attar dan
Mehmod. Melina yang sedang mengandung
rasa sunyi.
·
Anne memperkenalkan
Zain kepada ibunya, Faridah.
·
Muhamed Attar, Mehmod, dan Benny cuba mempengaruhi Ustaz
Hassan Syukri agar menyertai perjuangan mereka.
(iii) Konflik
·
Mejar (B) Kamarudin
curang kepada isterinya Salmah dan berkahwin dengan Hamidah.
·
Faridah dan Rahayu
dipisahkan apabila Kamarudin dan isteri keduanya berpindah ke Pontianak,
Indonesia.
·
Faridah putus tunang
dengan Azman.
·
Rahayu pengsan di
perpustakaan dan disahkan menghidap barah paru-paru.
·
Faridah dan Iqbal
terlibat dalam kemalangan dan mereka hilang selama dua minggu.
·
Melina berkonflik
dengan dirinya kerana sering ditinggalkan oleh Benny yang sibuk dengan urusannya.
·
Benny, Muhammad Attar
tidak sependapat dengan Ustaz Hassan Syukri dalam cara perjuangan mereka dalam
menegakkan agama Islam.
·
Muhamed Attar
ditangkap oleh Interpol, Benny pula
melarikan diri ke Dubai.
(iv) Klimaks
·
Faridah, Soleh, dan
Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina, dan membincangkan
perkahwinan Zain dan Anne.
·
Muhammad Attar
ditangkap oleh pihak Interpol dan Melina membuat laporan ke balai polis kerana
suaminya tidak pulang ke rumah.
·
Perkahwinan Anne
dengan Zain berlangsung dengan meriah.
·
Soleh dan Melina ke
Dubai berjumpa Benny dan Melina bersetuju menetap di Dubai.
(v) Peleraian
·
Anne dan Zain menetap
di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga Johnsons. Azrul dan Soleh menjalankan perniagaan kotej
di Cameron Highlands.
·
Faridah dan Soleh
mengambil keputusan menetap di Malaysia.
Teknik
Penceritaan
|
1. Pemerian
Contoh:
·
Gambaran Azrul dan
Rahayu yang sedang menikmati sarapan pagi sambil memerhatikan gelagat siswa dan siswi UPM yang lalu lalang di hadapan mereka.
2. Dialog
Contoh:
·
Dialog yang
pendek-pendek dan pantas antara Azrul dan Rohaya. Mereka
bersoal
jawab tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah dan program Kempen Save Our River.
Contoh:
·
…”Cukup. Malam
tadi dah keluar dengan kawan-kawan ke Kajang
·
Tentang peranan dan
sejarah Rumah Rehat Sri Berkat suatu masa dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah tersebut
digunakan untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang.
Contoh:
·
ada kemungkinan
mereka meredah hutan dan sesat?” tanya Chief Inspektor Aznil.
·
…Buyong membuat
andaian bahawa Mejar (B) Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit
Kutu.
Contoh:
·
Pihak-pihak yang
terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal tertanya-tanya ke manakah
hilangnya jasad kedua-dua mangsa.
·
kehilangan Benny
menimbulkan tanda tanya. Melina membuat
laporan polis.
·
Azrul menyatakan
bahawa dia sudah memiliki gadis pilihannya.
6. Monolog Dalaman
Contoh:
·
“Tidak mungkin boleh
bertahan hingga pagi,” desis hati kecil Buyung.
7. Kejutan
Contoh:
·
Salmah terkejut
menerima berita kehilangan Faridah.
Watak dan Perwatakan
|
1.
Watak
Faridah
·
Faridah merupakan
watak utama dan dia mempunyai saudara kembar bernama Rahayu.
·
Ayahnya berkahwin
kali kedua dengan seorang wanita bernama Hamidah.
·
Dia terpisah daripada
adik kembarnya semasa berusia tujuh tahun akibat ayahnya berpindah ke
Pontianak, Indonesia.
·
Faridah seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup.
Contohnya, dia tabah menghadapi kematian adik
kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu
kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali.
·
Faridah seorang yang
sangat prihatin akan kanak-kanak
istimewa. Contohnya, dia menganggap
menjalankan khidmat kepada kanak-kanak istimewa dianggap sebagai satu ibadah.
·
Faridah seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi
Ayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa
tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud.
·
Faridah juga mementingkan ilmu pengetahuan. Contohnya, dia
sanggup menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New
Zealand.
·
Faridah seorang yang penyayang. Dia sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya,
terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan Melina.
·
Dia juga seorang yang
mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun
di New Zealand, Faridah sanggup pulang
semula ke Malaysia kerana terlalu rindu akan kampung halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan
kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila.
2. Rahayu
·
Rahayu ialah watak
sampingan yang penting dan merupakan adik kembar kepada Faridah.
·
Dia mengidap penyakit
lelah dan dalam kalangan adik-beradiknya, dia dianggap ‘lembik’.
·
Rahayu dikesan
mengidap barah paru-paru, selapas pengsan di perpustakaan.
·
Seorang yang suka membaca. Dia dilihat sering menghabiskan masa di kedai
buku dan digelar sebagai ‘ulat buku’ oleh Azrul.
·
Rahayu juga seorang
yang rajin. Contohnya dia rajin memasak dan membantu
ibunya di dapur sekiranya tiada kuliah.
·
Rahayu seorang yang penyayang. Contohnya, disebabkan dia tinggal bersama
ayah dan ibu tiri, hatinya amat rindu untuk bertemu dengan ibu kandungnya
Salmah.
3. Azrul
·
Seorang graduan UPM
dan bekas teman lelaki Rahayu.
·
Dia seorang mahasiswa
yang mencintai alam sekitar. Azrul dan rakan-rakannya telah menaja
penubuhan Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi
pendedahan kepada murid tentang alam sekitar.
·
Azrul seorang yang penyayang. Semasa Rahayu masih hidup Azrul amat
menyayanginya dan sentiasa berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit.
·
Azrul juga seorang yang berdikari. Setelah tamat pengajian di universiti, dia tidak berharap untuk makan gaji,
sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing.
·
Seorang yang gigih berusaha. Dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya
dalam bidang penternakan hasil usaha gigihnya itu.
·
Seorang
yang suka menolong orang. Contohnya, Azrul telah menolong Anne ketika
kereta Anne rosak.
·
Azrul
juga seorang yang menghormati orang tua.
Dia
telah menunjukkan rasa hormat yang tinggi terhadap Pn. Faridah dan Encik Soleh
ketika bertandang ke rumah mereka.
·
Akhirnya dipaparkan
Azrul memperoleh gelaran Datuk.
4. Kamarudin
·
Bapa kepada Rahayu
dan Faridah.
·
Kamarudin digambarkan
sebagai lelaki yang kacak. Pada usia 21
tahun, dia telah berkahwin lain.
·
Semasa ditugaskan ke
Pontianak, Indonesia, dia sanggup
memisahkan dan membawa salah seorang anak kembarnya Rahayu daripada ibunya.
·
Dia berpangkat Mejar
ketika bersara daripada angkatan tentera.
·
Seorang yang berjimat cermat kerana dia menyimpan
sejumlah wang untuk masa hadapan anak-anaknya.
·
Semasa mudanya, dia suka berfoya-foya.
·
Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia
tidak memberikan nafkah lahir dan batin kepada Salmah, isterinya.
·
Kamarudin pandai menyimpan rahsia. Kewujudan Faridah dirahsiakan daripada isteri
keduanya, Hamidah.
·
Seorang yanag percaya
kepada bomoh. Dia sering membawa Rahayu
berjumpa dengan bomoh supaya Rahayu serasi dengan keluarga barunya dan tidak
rindu kepada pasangan kembar dan ibunya.
·
Akhirnya kehilangan
Faridah telah menginsafkan Kamarudin tentang kesilapannya. Kamarudin menunjukkan rasa tanggungjawabnya
dengan berusaha mencari Faridah.
5. Salmah
·
Ibu kepada pasangan
kembar Faridah dan Rahayu.
·
Isteri pertama kepada
Kamarudin.
·
Usianya menjangkau 50
tahun.
·
Seorang yang rajin
berdoa. Apabila ditimpa musibah
kehilangan Faridah, dia memohon ke hadarat Ilahi agar menjauhi anak kesayangannya
itu daripada sebarang bahaya.
·
Setelah ditinggalkan
oleh suaminya, dia menyara kehidupannya dengan bekerja di sawah.
·
Dia sering berduka
dan sakit selepas pemergian Rahayu.
·
Seorang ibu yang
penyayang. Walaupun dia tidak dapat
memelihara Rahayu, dia masih tetap menyayangi Rahayu.
6. Benny
·
Berasal dari Dubai.
·
Nama sebenarnya
Jabbar al – Anbia, tetapi dia lebih gemar dipanggil Benny.
·
Seorang yang sangat
gemar berlayar. Contohnya dia pernah belayar dari Doha hingga
ke Sydney.
·
Seorang Muslim yang
tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.
Contohnya, dia minum arak di luar
pengetahuan ibu bapanya.
·
Dia menunjukkan rasa
tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan
Melina yang sarat mengandung tanpa khabar berita kerana takut ditangkap oleh
polis Interpol.
·
Dia berjumpa terus
dengan Soleh Johnsons dan Faridah untuk melamar Melina.
Aspek Latar
|
Latar Masa
1.
6.00 pagi – Rahayu
terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan
tugasan MP 3714 yang perlu dihantar
pagi itu.
2.
8.00 pagi – Rahayu
tiba di perpustakaan untuk mengulang
kaji pelajaran bersama Azrul.
3.
Waktu pagi– Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan.
Faridah terlibat
dalam kemalangan.
4.
Malam - Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak
kariah membaca Yasin, memohon
kepada Allah supaya diberi petunjuk
terhadap kehilangan Faridah di tempat
kemalangan.
5.
1980 - Sepasang pelancong British hilang di
Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala
Kubu Baharu ke Bukit Fraser.
6.
1989 - PKM meletakkan senjata di Hatyai.
7.
Semasa bersarapan – Kamarudin
menerangkan isterinya, Hamidah bahawa kembar Rahayu,
iaitu Faridah menemui kemalangan dan hilang
di Bukit Fraser.
8.
Waktu pagi - Satu jam selepas Kamarudin meninggalkan
rumah untuk mencari Faridah,
Hamidah
menerima panggilan yang memaklumkan Rahayu pengsan dan telah dihantar ke
hospital UKM.
-
Hamidah dimaklumkan
oleh Dr Susan , kemungkinan Rahayu menghidap
barah paru-paru.
9.
3.30 petang- Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah
usaha mencari Faridah dan Iqbal
selama
dua minggu menemui kegagalan.
10.
25 tahun- Faridah telah meninggalkan kampung
halamannya selama 25 tahun dan
menetap di New Zealand selepas kematian ibu
dan suaminya, Ghazali.
11.
Dua minggu- Dalam masa dua minggu Benny dan Melina
berkenalan, Benny sudah
melamar Melina.
12.
Satu pagi - Benny
dan Melina tiba di rumah Soleh dan Faridah.
13.
Waktu petang - Sebelum majlis perkahwinan Benny dan
Melina, Zain berkenalan dengan
Anne.
14.
Dua petang- Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja
di Malaysia.
Latar Tempat
1.
Kafetaria di UPM - Rahayu
dan Azrul sedang bersarapan
2.
Perpustakaan di UPM - Rahayu
dan Azrul belajar dan mencari maklumat di
perpustakaan.
-
Rahayu pengsan.
3.
Rumah Rehat Sri
Berkat di Bukit Fraser
-
Faridah dan Mastura membawa murid ‘Sindrom Down’
seramai 10 orang ke Bukit Fraser.
4.
Jalan ke Pekan Raub - Faridah
yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam
keretanya telah terlibat dalam
kemalangan.
5.
Smoke House - Rumah
Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi
Faridah yang koma selepas terlibat
dengan kemalangan jalan
raya.
6.
Bukit Kutu - Mejar
(B) Kamarudin dan Buyung mencari Faridah
dan Iqbal
di dalam hutan sekitar Bukit Kutu.
7.
Perkampungan orang Asli
-
Tempat Mejar (B)
Kamarudin dan Buyong menemui Faridah
dan
Iqbal dijumpai selepas dua minggu hilang.
8.
Parit Satu, Sungai
Besar
-
Faridah bertembung
dengan Azrul semasa dia menziarahi
kubur Rahayu di Parit Satu.
9.
Parit Dua, Sungai
Besar
-
Kampung Azrul – dia
menjalankan projek penternakan
kambing.
10.
Rosewood, New Zealand
-
Rumah Faridah di New
Zealand.
11.
Cristchurch di New
Zealand
-
Sebuah bandar di New
Zealand.
12.
Marang, Terengganu - Tempat tinggal Benny dan Melina.
13.
Cameron Highlands - Tempat
penginapan Faridah dan keluarganya ketika mereka
pulang ke Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan
perkahwinan Anne dan Zain.
Latar Masyarakat
1.
Masyarakat pelajar
universiti. Contohnya, Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti Ekologi
Manusia, Universiti Putra Malaysia.
2.
Masyakat yang cinta
akan alam sekitar. Contohnya, Azrul dan
teman-temannya banyak mengadakan program
pendedahan tentang alam sekitar kepada pelajar-pelajar.
3.
Masyarakat yang
mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa.
Contohnya Faridah, dan Mastura yang bertugas di PDK Suria menganggap
berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa ialah satu ibadah.
4.
Masyarakat yang
beriman kepada Tuhan. Contohnya Faridah
dan Salmah dipaparkan sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah
hidup.
5.
Masyarakat yang suka
bersedekah. Hal ini digambarkan melalui
watak Soleh Johnsons yang suka bersedekah.
6.
Masyarakat tentera. Contohnya, Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad
merupakan bekas pegawai tentera dari 4
RAMD.
7.
Masyarakat orang Asli. Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi
masyarakat orang asli yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser.
8.
Masyarakat yang rindu
akan anaknya. Salmah sangat menderita
kerana terlalu rindu akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akhirnya dia meninggal dunia.
9.
Masyarakat yang tabah
menghadapi cabaran. Faridah yang
kehilangan adik kembar, ibu, dan suaminya,
tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand.
10.
Masyarakat yang
berdikari. Azrul tidak mengharapkan
kerja makan gaji, sebaliknya mengusahakan penternakan kambing dan tapak semaian
untuk menampung kehidupannya.
11.
Masyarakat yang
cenderung menggunakan kekerasan dalam memperjuangkan Islam. Hal ini digambarkan melalui watak Muhamed
Attar, dan Benny.
12.
Masyarakat yang
mempercayai kemampuan bomoh untuk menyelesaikan masalah. Sarjan Yusof mencadangkan misteri kehilangan
Faridah dan Iqbal diselesaikan oleh Bomoh setelah pihak polis gagal menemui
mereka.
13.
Masyarakat yang
mempercayai kewujudan makhluk halus. Buyong
menegaskan bahawa makhluk halus memang wujud dalam masyarakat kita.
Gaya Bahasa
|
1.
Penggunaan
Bahasa Inggeris
Contoh:
· wind breaker, sindrom down, terrace garden, Smoke House
2.
Peribahasa
Contoh:
· Peribahasa
Melayu– Masa itu emas
· Peribahasa
Arab -
Masa umpama sebilah pedang tajam, boleh memenggal kepala
jika kita lambat bertindak.
-
Perahu sudah di air,
pendayung di tangan
3.
Personifikasi
Contoh :
· cahaya
di sebalik kabus yang sentiasa memberi harapan
· cuaca
yang begitu dingin menggigit
· Senja
merangkak tua…
4.
Hiperbola
Contoh:
· dosa-dosaku
sudah melaut banyaknya…
· tetapi
kasihnya menggunung bagai anak kandung
5.
Simpulan
bahasa
Contoh:
· buah
mulut
6.
Simile
Contoh :
· …
bersambung seperti gajah menyusu
dengan rumah agam
· …
tetapi kasihnya menggunung bagai
anak kandung
7.
Metafora
Contoh:
· peti
kenangan
· Lipatan
ingatan
8.
Sinkope
(singkatan perkataan)
Contoh:
…”Cukup ke? Tak lapar nanati?”
Nilai
|
1.
Nilai kasih sayang.
Rahayu amat merindui
kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih
sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu.
2.
Nilai ketabahan.
Faridah tabah menghadapi
dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang disayanginya iaitu
adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali.
3.
Nilai kegigihan.
Azrul
gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga
berjaya.
4.
Nilai
bertanggungjawab
Setelah
ditinggalkan suami, Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai
memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak lelakinya.
5.
Nilai cinta akan
tanah air
Sungguhpun
sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang kerakyatan
Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya.
6.
Nilai taat akan
ajaran agama
Semasa di
Cameron Highlands, setiap hari Soleh menunaikan sembahyang di masjid secara
berjemaah.
7.
Nilai mengamalkan
budaya bangsa
Datuk
Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok hitam semasa mengunjungi
keluarga Faridah di Cameron Highlands.
8.
Nilai berdikari
Golongan
siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak
kerajaan atau swasta. Sebagai contoh,
Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.
9.
Nilai cinta akan alam
sekitar.
Soleh mahu penebangan
hutan untuk membina chalet peranginannya
dilakukan dengan lebih terkawal serta dihiasi dengan kebun teh, padang ragut
untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga.
Pengajaran
|
1.
Kita perlulah
mempunyai jati diri yang teguh.
Contohnya,
walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap mengingati
dan menghargai tanah airnya, Malaysia.
2.
Setiap orang perlu
gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.
Contohnya,
Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya
hingga berjaya.
3.
Setiap ibu bapa perlu
bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka.
Contohnya,
Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak
kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah
Kamarudin meninggalkan mereka.
4.
Sebagai penganut
agama yang taat, kita hendaklah mematuhi
ajaran dan tuntutan agama.
Contohnya,
Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan.
5.
Kita perlu
mengamalkan budaya bangsa kita.
Contohnya,
Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke tanah air.
6.
Sebagai seorang
siswazah, janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji sahaja.
Contoh,
Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.
Latihan
1.
Berikan tema
novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad
Kholid Hamzah.
2.
Nyatakan tiga
pengajaran novel Kabus Di Perbukitan
karya Mohamad Kholid Hamzah.
Jawapan
1.
Tema novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid
Hamzah ialah jati diri orang Melayu.
Tema ini diserlahkan melalui watak utama Faridah yang merantau ke New
Zealand selama 25 tahun. Walaupun begitu
lama tinggal di negara orang, akhirnya dia dan keluarganya kembali membina
kehidupan yang lebih bermakna di
Malaysia.
2.
Tiga pengajaran
novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad
Kholid Hamzah ialah:
i.
Kita perlulah
mempunyai jati diri yang teguh.
Contohnya,
walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap mengingati
dan menghargai tanah airnya, Malaysia.
ii.
Setiap orang perlu
gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.
Contohnya,
Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya
hingga berjaya.
iii.
Setiap ibu bapa perlu
bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka.
Contohnya, Salmah
sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak
kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah
Kamarudin meninggalkan mereka
No comments:
Post a Comment